Gerakan Kesedaran
Hibah


"...dianggarkan RM 60 bilion nilai aset umat Islam bersifat tidak produktif, berada di dalam akaun bank dan insurans yang tidak dituntut, serta aset yang beku disebabkan masalah faraid, setelah berlakunya kematian pemilik aset."


Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah

Kesinambungan itu, Baginda juga bertitah agar wujud kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, swasta, masjid dan institusi-institusi lain meliputi seluruh negeri Perak bagi melaksanakan program pendidikan kepada umat Islam berkenaan hibah secara tersusun. 

Sebagai menjunjung titah Baginda,  Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai perintis penyelesaian hibah di Malaysia dan Kausar Wealth Management Sdn Bhd sebagai rakan perlaksana, buat julung kali berganding bahu menjayakan program Gerakan Kesedaran Hibah Negeri Perak.

 

Gerakan ini merupakan salah usaha untuk mengatasi isu harta-harta yang terbeku dan terbengkalai setelah kematian pemilik aset dan juga meningkatan tahap pengetahuan umat Islam, khususnya di negeri Perak, tentang pentingnya perancangan hibah semasa hidup.

 

Sebagai usaha membantu masyarakat memahami kepentingan perancangan pewarisan, Wasiyyah Shoppe Berhad dan Kausar Management Sdn. Bhd. berbesar hati untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran melalui program-program taklimat dan khidmat rundingan.


Permohonan melakukan taklimat berkaitan perancangan pewarisan di majlis ilmu, masjid, atau di tempat kerja

Permohonan pengiraan faraid dan khidmat rundingan bagi mendapatkan solusi yang tepat berdasarkan struktur keluarga dan hasrat

Permohonan sebagai dai' mawarith dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat dan penjanaan kewangan

Permohonan Taklimat Mawarith Permohonan Pengiraan Faraid Permohonan Sebagai Perunding
     

Wasiyyah Shoppe Berhad          Kausar Wealth Management Sdn Bhd